top of page

Maklumat Am 

PENGENALAN

Unit Matematik Kolej Matrikulasi Sarawak adalah salah satu unit di Jabatan Matematik. Unit ini dianggotai seramai 5 orang pensyarah buat masa ini. Semua pensyarah ini sangat komited dan berdedikasi tinggi untuk melahirkan para pelajar yang bukan sekadar berpengetahuan tetapi juga berkemahiran bagi berdepan dengan pelbagai situasi di masa depan mereka.

MISI

Memperkemas dan meningkatkan budaya kerja secara profesional bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan, cemerlang serta  berdaya saing dalam memenuhi aspirasi Kolej Matrikulasi Sarawak agar pelajar dapat menguruskan pengajian ke institut pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara.

VISI

Semua pelajar yang menduduki peperiksaan Matematik di Kolej Matrikulasi Sarawak dapat mencapai sekurang-kurangnya B- dalam peperiksaan akhir PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) dengan nisbah 40 (cemerlang) : 40 (kepujian) : 20(lulus)

bottom of page