
Maklumat Am
Unit Peperiksaan bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengurusan Peperiksaan dan Ujian Program Matrikulasi
-
Mengurus pendaftaran mata pelajaran pelajar bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
-
Mengurus inden calon Ujian Pertengahan Semester (UPS) Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun.
-
Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan pusat peperiksaan PSPM PST dan PDT, UPS PST dan PDT.
-
Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan dokumen dan bahan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
-
Merancang dan mengurus pelantikan petugas peperiksaan PSPM PST dan PDT, UPS PST dan PDT.
-
Menyelia pelaksanaan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
Pengurusan Data Peperiksaan Program Matrikulasi
-
Merancang, mengurus dan mengendalikan markah UPS PST, PDT dan Penilaian Berterusan (PB).
-
Merancang, mengurus dan mengendalikan keputusan peperiksaan UPS PST dan PDT.
-
Mengurus pengumuman keputusan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
-
Menyediakan data analisis keputusan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
Pengurusan Bilik Kebal/Bilik Keselamatan dan Stor Peperiksaan
-
Mengurus, menyelia dan memantau bilik kebal/bilik keselamatan.
-
Mengurus, menyelia dan memantau stor peperiksaan.
Pengurusan Peperiksaan/Ujian Luar
-
Merancang mengurus dan mengendalikan tugas berkaitanpeperiksaan/ujian luar yang melibatkan pelajar Program Matrikulasi iaitu Malaysia University English Test (MUET)
-
Bekerjasama dengan pihak penganjur peperiksaan/ujian luar yang berkaitan.
